30/11/2007

PALTALK


Manusia dilahirkan fitrah mempunyai emosi yang pelbagai.Begitu juga fitrah sebagai insan yang dinamakan sebagai HAWA yang emosinya jauh lebih tinggi dari kaum Adam.Maka limpahan emosi ini tidak dapat disimpan selama-lamanya di dalam hati.


Kadangkala hanya Allah SWT yang mengetahui bebanan yang terpikul di atas bahu, berat yang digalas di atas dada atau perit yang menyesak nafas yang dihela.Lalu kita sebaiknya kembali kepada Allah SWT dengan redha terhadap ujian dan sujud kepadanya untuk memohon agar dipermudahkan bebanan tanggungan.Tangislah sepuasnya selepas solat.Insya-Allah hati kembali menjadi tenang dan lega.


Namun ada di antara kita yang memerlukan rakan mendengar dan sahabat yang memberikan pandangan.Perlu ada insan yang sekurang-kurangnya meminjamkan halwa telinga menadah luahan hati. Maka dengan itu kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling Nisa` Shah Alam membuka seesi bimbingan dan kaunseling yang dipanggil sebagai PALTALK NISA`.


Sekiranya anda memerlukan seisi PALTALK NISA` ini sila klik disini untuk tempahan seisi PAL TALK.


Pihak kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya rakan PALTALK NISA atau Kaunselor ada ('available') menurut tempahan anda.


Mudahan Allah SWT memudahkan urusan anda.Insya-Allah.

28/11/2007

Kem RINDU Nisa`

TAHNIAH KEPADA ADIK-ADIK YANG TELAH BERJAYA MENGIKUT PROGRAM RINDU Nisa` Shah Alam dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor serta ASA Explore and Training Consultancy pada 23,24 dan 25 haribulan November baru-baru ini.

nisa-1.jpg nisa-2.jpg

nisa-4.jpg nisa-5.jpg

nisa-6.jpg nisa-7.jpg

nisa-9.jpg nisa-10.jpg
nisa-8.jpgnisa-11.jpg

Program : RINDU (Redha Ilahi Neraca Dirimu)Tempat : Impian Coutry Resort, Bt 14, Hulu LangatPeserta : Remaja sekitar Shah Alam dan KlangTarikh : 23, 24 dan 25 November 2007Kerjasama : NISA Shah Alam dan Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Tudung Mickey Mouse ,Tudung Saji, Tudung Singlet


Mungkin telah dibincang ataupun sudah menjadi mangli bagi kaum hawa namun sesekali eloklah direnungkan mudah-mudahan sebarang kesilapan dan kelemahan diperbetulkan supaya akhirnya mendapat keredhaan Allah, menjadi wanita solehah dan muslimah sejati.


Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.


Oleh itu wahai kekasihku terdiri daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta kawan-kawan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot.com):-


1.Tudung 'Mickey Mouse'
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.


2.Tudung Lilit


-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.


3.Tudung 'See Through'


-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.


4.Tudung Jambul
-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.


5.Tudung 'Singlet'
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.


6.Tudung Saji
-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.
Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.


Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)


Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.
"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot.com
Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:-"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..." -->

26/11/2007

Tahukah Kita Bila Masanya..?


Andai ku tahu


Kapan tiba ajalku


Ku akan memohon Tuhan


Tolong panjangkan umurku


Andai ku tahuKapan tiba masaku


Ku akan memohon Tuhan


Jangan kau ambil nyawaku


Aku takut akan semua dosa-dosaku


Aku takut dosa yg terus membayangiku


Andai ku tahuMalaikat-Mu kan menjemputku


Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu


Aku takut akan semua dosa-dosaku


Aku takut dosa yg terus membayangikuAmpuni aku dari segala dosa-dosaku


Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu


Aku manusia yang takut neraka


Namun aku juga tak pantas di surga


Andai ku tahuKapan tiba ajalku


Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu


Aku takut akan semua dosa-dosaku


Aku takut dosa yg terus menghantuiku


Ampuni aku dari segala dosa-dosaku


Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu





22/11/2007

HULURKAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN & DUKA

Batu Tiga, Shah Alam 22hb November 07- Pihak Nisa` Shah Alam merasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada 5 keluarga di jalan kebun Batu Tiga Shah Alam yang telah ditimpa malang apabila rumah mereka telah dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Difahamkan bahawa kesemua tanah dan rumah mangsa mempunyai geran tanah yang sah di sisi undang.
Kesemua 5 keluarga tersebut telah kehilangan tempat untuk berteduh dan memerlukan bantuan daripada masyarakat yang perihatin dengan nasib mereka.
Sehubungan itu, sebarang bentuk sumbangan yang ingin disalurkan menerusi Nisa` Shah Alam boleh di buat menerusi no Maybank :155041708837 nur haeirina sharifuddin atau hubungi talian hotline kami :013-2686982

21/11/2007

AKHLAK:MUSLIMAH & GOSSIP

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;Beruntung orang yang sentiasa bekerja kuat untuk membetulkan diri sendiri,daripada memperkatakan keaiban orang lain. Orang yang menganggap dirinya tak pernah buat salah adalah berdosa besar

Mengumpat hanya dibenarkan dalan beberapa perkara saja.

1.Bila berlaku penganiayaan seperti seseorang mengadukan kepada hakim yang ia telah dizalimi oleh seseorang demgan tujuan agar hakim dapat mengembalikan semula haknya daripada orang yang menzaliminya.Menyebutkan keburukan atau kejahatan penzalim pada hakim adalah dibolehkan,kerana hendak menjelaskan perkara sebenar mengenai kezaliman orang tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;Sesunguhnya orang yang mempunyai hak itu,boleh mengucapkan alasan.

2.Meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kejahatan dari seseorang kepada kebaikan.

3.Mengingatkan seseorang Islam lain supaya jangan terjebak dengan kejahatan seseorang jika kita tahu seseorang itu jahat,maka kita ingatkan orang lain,supaya jangan mendekatinya.

4.Bila seseorang itu memang dah terkenal dengan sesuatu gelaran yang menunjukkan kekurangan dirinya.Dan orang tersebut tidak marah dengan gelaran tersebut.

5.ketika meminta fatwa atau penjelasan sesuatu hakim dalam agama.

6.Bila seseorang itu memang sengaja secara terang membuat kemungkaran(kefasikan)dan megah serta bangga pula dengan perbuatannya itu maka terhadap orang ini tidaklah dilarang mengumpatnya. Untuk membersihkan diri dari dosa mengumpat agar jangan dihukum diakhirat nanti,maka wajib baginya rasa menyesal dan bertaubat atas dosa2nya itu,ini jika ia mampu melakukanya dan tidak dikhuatiri terjadi sesuatu bahaya.

14/11/2007

BUKU PILIHAN NISA BULAN INI





Buku ini juga telah dipilih oleh Nisa` Shah Alam selaku penganjur pertandingan Puisi Cinta Ramadhan untuk dijadikan hadiah utama kepada pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga disamping hadiah sampingan yang lain mengikut status kemenangan masing-masing.


Buku motivasi koleksi "La Tahzan" khusus untuk wanita ini telah dikarang oleh Dr.Aidh Bin Abdullah dengan terjemahan di dalam Bahasa Melayu oleh Muhammad Huzaifah


Buku ini secara ringkasnya menghimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya.


Nisa` Shah Alam menyarankan agar para remaja dan wanita semua membaca buku ini untuk menyembuhkan kesedihan dari dalam diri anda,menjauhi bayang-bayang duka dan mimpi-mimpi buruk- Insya Allah.



Selamat Membaca!

SENANDUNG RINDU BUAT RAMADHAN -JUARA PUISI CINTA RAMADHAN NISA`SHAH ALAM 2007

Tahniah di ucapkan kepada kesemua pemenang-pemenang yang telah dipilih oleh bloggers sebagai juri awam.

Keseluruhan keputusan Pertandingan Puisi Cinta Ramadhan Nisa` Shah Alam 2007 adalah diumumkan seperti berikut :

Tempat Pertama : Puisi 6

Tempat Kedua : Puisi 10

Tempat Ke-3 : Puisi 9


Penilaian oleh juri Khas yang dijemput iaitu Encik Fauzul Naim Ishak terlebih dahulu telah menyenaraikan 5 puisi yang layak ke peringkat final untuk dipilih oleh bloggers sekelian.

Sekiranya anda ingin melihat puisi-puisi yang dipertandingkan sila klik di sini

Hadiah kepada para pemenang dan sijil-sijil penyertaan akan di hantar ke alamat para peserta.

Penganjur berhak menukar hadiah dengan barangan yang lebih berkualiti daripada yang dinyatakan sebelum ini bagi menghargai para peserta.Segala keputusan juri khas dan juri awam adalah muktamad .

13/11/2007

BERITA NISA` MALAYSIA DI UTUSAN MALAYSIA

NISA’ bantu generasi muda

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI


Ahli-ahli NISA’ beramal sambil mendidik generasi muda dalam membentuk akhlak mulia.

BURSA Buruh Elektronik (ELX) mencatatkan jumlah kekosongan pekerjaan meningkat sebanyak 379,945 dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2007. Bilangan pencari kerja aktif juga bertambah sebanyak 32 peratus kepada 93,314 orang dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2007.

Daripada data itu, menunjukkan peluang pekerjaan sememangnya menanti pencari kerja, namun ramai juga pengangguran yang berlaku di kalangan generasi muda terutama lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi. Di mana silapnya?

Mungkin kekurangan dari segi personaliti, resume yang tidak menyakinkan, terlalu memilih kerjaya, tiada pengalaman atau tidak tahu terdapat kekosongan di sesuatu agensi menjadi punca.

Justeru itu, bagi membantu mendapatkan pekerjaan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, NISA’ Malaysia (NISA’) telah mengambil inisiatif mewujudkan unit yang memberi panduan terbaik dalam meniti kerjaya dan seterusnya mendapat pekerjaan.

Pengarahnya, Mastura Mohammad, 41, berkata, tercetusnya idea untuk membantu golongan graduan dan lepasan sekolah ini timbul apabila terbaca kadar pengangguran yang dihadapi oleh golongan tersebut beberapa tahun lalu.

“Pada waktu itu, tidak silap saya jumlahnya menjangkau 120,000 orang. Saya terfikir apakah masalah yang dihadapi oleh golongan ini sehingga menyukarkan untuk mendapatkan pekerjaan.

“Tentu ada sebabnya, justeru itu, apabila NISA’ dijenamakan semula pada 23 Mei 2005 daripada nama asal iaitu Unit Amal Nisa’ Walbanat yang hanya berkonsep seperti Pandu Puteri, saya segera menubuhkan tiga unit bagi membantu generasi ini dalam meniti mendapatkan kerjaya,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ibu kepada empat orang anak yang berusia dari 10 hingga 16 tahun ini percaya, usaha-usaha yang dilakukan oleh NISA’ ini di samping membantu mendapatkan pekerjaan, juga berusaha melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia.

Kesedaran

Katanya, selain membantu pelajar membina resume dan khidmat nasihat, Unit Kerjaya NISA’ juga membantu pelajar menanam kesedaran sejak di bangku sekolah menengah lagi supaya cemerlang dalam pengajian bagi mendapatkan pekerjaan yang diimpikan.

“Di samping itu, NISA’ juga cuba membuka minda generasi muda untuk menerokai bidang keusahawanan dan menyediakan platform untuk generasi muda berkongsi pengalaman dan saling membantu dalam perkara yang berkaitan dengan pengajian dan kerjaya,’’ jelas graduan Ekonomi dari University of Kansas, Amerika Syarikat.

Dalam usaha memudahkan proses pencarian pekerjaan untuk ahli-ahli, NISA’ selalu mendapatkan maklumat daripada ahli juga mengenai kekosongan di tempat bekerja masing-masing supaya dapat dihebahkan.

“Ini adalah cara yang termudah kerana bukan semua jawatan diiklankan di dalam media. Ada cuma dalaman sahaja. Namun, saya berharap lebih banyak agensi yang memberi kerjasama dalam menawarkan pekerjaan kepada ahli-ahlinya,’’ katanya.

Tambahnya, unit kedua ialah Unit Pembangunan Insan yang berperanan mendidik generasi muda dengan membangkitkan semangat menyintai ilmu dunia dan akhirat melalui program yang mudah, ceria serta menarik.

“Pendekatan kami lebih mesra remaja kerana mereka golongan ini selalu menghadapi masalah. NISA’ akan menyelami masalah mereka dan cuba menyelesaikannya.

“Antara aktivitinya ialah Kembara Ilmu, Its OK 2 Karaoke, Quranic Circle, Nisa Games, Movie & Song Critic, Kursus Dandanan Personaliti, Kursus Pembangunan Diri, Explorace, Parables in the Quran dan Kursus Kepimpinan,’’ kata bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Tambahnya, Unit Khidmat dan Kaunseling berfungsi sebagai pendengar setia kepada generasi muda dengan cara menjaga kebajikan ahli secara proaktif, bekerjasama dengan Unit Pembangunan Insan dan Unit Kerjaya untuk melahirkan ahli NISA’ yang serba boleh.

“Kami juga menjalinkan hubungan akrab dengan rumah perlindungan dan rumah kebajikan khusus untuk remaja dan wanita muda.

“Antara aktiviti ialah kaunseling maya melalui laman web (www.webnisa.net), telekaunseling: NISA’ Careline, NISA’ Friendly Visit, NISA’ Away Day dan Group-binding,’’ ujarnya.

Menurut Mastura yang mempunyai perniagaan perdagangan dan percetakan memberitahu, NISA’ sekarang mempunyai 7,000 ahli yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, kolej, universiti, remaja, pekerja dan profesional. Umur ahli ialah dari 13 tahun hingga 40 tahun.

“Kita juga mempunyai ahli seramai 300 orang di United Kingdom dan Mesir yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti di sana.

“Memang hasrat kami untuk memperbanyakkan keahlian supaya objektif utama bagi melahirkan generasi berakhlak mulia dapat dilaksanakan dan sekali gus membantu negara membina modal insan yang berbudi pekerti,’’ katanya.

Ceritanya, ahli jawatankuasa yang berjumlah 200 orang dari seluruh negara pula terdiri daripada wanita pelbagai latar belakang seperti profesional, guru, peguam, usahawan, jurutera, doktor dan kaunselor mampu menggerakkan pertubuhan ini seperti yang diperlukan oleh golongan sasaran.

Beliau memberitahu, atas kesedaran bahawa begitu pentingnya modal insan seperti yang selalu dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, maka NISA’ telah menubuhkan team building di setiap negeri.

Aktiviti

“Tujuannya untuk mengubah minda setiap ahli supaya sentiasa memikirkan orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

“Kami mengamalkan konsep ‘orang lempar batu, kita bagi bunga’ dan satu yang ditekankan ialah kasih sayang dan pertolongan yang diberi bukan terhad kepada satu kaum sahaja tetapi kepada semua kaum,’’ ujarnya.

Sejak penjenamaan semula, katanya, beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya Kempen Cegah Jenayah bagi memberi panduan kepada wanita khususnya mengenai langkah-langkah bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa peragut, perogol dan jenayah yang lain.

“Begitu juga buat julung kalinya Kejohanan Sukan Wanita pertama telah berjaya dianjurkan oleh NISA’ di Kelantan.

“NISA’ Small Kindness yang berkonsepkan pemberian sumbangan berbentuk barang harian kepada fakir miskin telah digerakkan ke seluruh negara.

“Kami mengenalpasti golongan tersebut dan mendapatkan sumbangan berbentuk wang ringgit. Dengan wang tersebut, kami akan menggunakan untuk membeli barang keperluan harian di kedai runcit yang berhampiran dengan tempat tinggal penerima bagi membantu peniaga tersebut juga,’’ menurutnya.

Projek perintis yang dijalankan di daerah Gombak baru-baru ini telah berjaya membantu seramai 11 buah keluarga dan sebuah rumah anak yatim dengan jumlah menerima RM250 setiap keluarga. Ini diadakan sempena kemerdekaan negara yang ke-50.

Semasa bulan Ramadan yang lalu, NISA’ Melaka, Selangor dan Pahang telah mengadakan lawatan sambil beramal ke rumah anak yatim.

“Kami telah mengadakan aktiviti seperti Song Critic dan Movie Critic untuk penghuninya. Malah kami turut menyumbangkan duit raya dan mengadakan ceramah motivasi,’’ katanya.

Mengakhiri pertemuan itu, Mastura turut memberitahu, ekoran daripada kejadian pembunuhan tragik di atas kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin baru-baru ini, NISA’ tergerak untuk melaksanakan satu projek iaitu NISA’ Peka terutama ke atas kanak-kanak.

“Ini bagi memberi panduan kepada orang ramai supaya sentiasa bersikap peka dan prihatin jika menemui kanak-kanak tanpa pengawasan orang dewasa merayau-rayau.

“Saya mahu apabila projek itu dilaksanakan, kesannya ialah setiap orang akan mengambil tahu jika terjumpa kanak-kanak sebegitu,’’ jelasnya.

Selain itu, NISA’ juga merancang untuk mengadakan konsert yang boleh menyedarkan generasi muda mengenai kemuliaan akhlak melalui dendangan lagu.

NISA’ turut menyediakan penggunaan kad ahli dalam kempen Jom Join NISA’ dengan slogan Kita Laksanakan Impian Bersama bagi mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan.

“Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli boleh mendapatkan borang dengan melayari http://www.webnisa.net atau menghubungi Mastura di talian 016-6737991.

06/11/2007

berhati-hati!





Rasanya,berhati-hati adalah tajuk yang paling sesuai untuk entry ini. Kebetulan, saya mendapat e-mail dari teman mengenai produk halal. Cuma bezanya kali ini, produk yang mendapat logo halal daripada Singapura ini adalah produk yang sememangnya diketahui haram.

Daging babi adalah diketahui sememangnya haram untuk makanan umat Islam. Justeru, memandangkan produk ini sudah berada di pasaran, rasanya eloklah kita berhati-hati agar tidak 'terbeli' produk ini. Kadang-kadang ada yang terlepas pandang semasa membeli barang. Jangan nanti daging babi disangkakan daging lembu.

Apa pun berhati-hatilah... terutamanya kepada suri rumah atau pun kepada pembantu rumah.

CAKNE KETUA NISA SHAH ALAM



Shah Alam 6 Nov 2007 -Setelah diberikan amanah untuk menerajui organisasi Nisa Shah Alam, saudari Arina Abdul Majid ,27 , bertekad untuk mempromosikan Nisa Shah Alam sebagai salah satu platform kepada masyarakat Shah Alam amnya dan kepada remaja wanita khasnya untuk mendekati Islam dan mencintai kehidupan berlandaskan norma-norma mulia.Beliau berkongsi pandangan dan hasrat beliau bersama moderator blog Nisa Shah Alam.
Bagaimana penerimaan saudari setelah diberikan amanah untuk menerajui Nisa Shah Alam?
Saya anggap ianya satu amanah yang besar untuk dipikul bersama-sama rakan-rakan di dalam Nisa Shah Alam.Walaupun begitu ia bukanlah bebanan kerana kami di Nisa Shah Alam percaya sekiranya kita membantu rakan-rakan kita diluar sana untuk bersama-sama berperibadi mulia dan mengenali Islam- Allah akan membantu pula kita dan anak-anak kita, Insya- Allah.Jadi, setiap gerak kerja kami ini walaupun tiada RM DUNIA tetapi ada RM Akhirat...(tersenyum)
Sejak bila saudari mula menglibatkan diri di dalam Nisa`?
Untuk pengetahuan pembaca, Nisa Shah Alam merupakan sebuah organisasi yang sudah lama di"established" dan dahulu dikenali sebagai Unit Amal Nisa. Saya terlibat dengan Unit Amal Nisa sejak di alam kampus.Setelah rebranding- Nisa mendapat penyertaan yang cukup mengalakkan.Sebelum terlibat dengan Shah Alam, saya telah menyertai Nisa Selayang.
Apakah perancangan saudari untuk halatuju Nisa Shah Alam?
Insya-Allah.Sebelum saya diberikan amanah, Nisa Shah Alam di dalam proses untuk mempromosikan dirinya. Saya kira Nisa Shah Alam baru berumur setahun jagung jika nak dibandingkan dengan "kakak-kakaknya" di kawasan dan negeri lain.Oleh itu setakat ini, kami barisan krew Nisa Shah Alam berpendapat kami masih lagi dalam peringkat mempromosikan Nisa Shah Alam.Al hamdulilah , menerusi program-program yang dianjurkan, masyarakat mula bertanya siapa Nisa Shah Alam ni?Saya rasa itu respon yang baik
Jadi, siapa Nisa Shah Alam?
(ketawa) Seperti yang kami promosikan di dalam blog dan pamplet penerangan yang kami edarkan pada setiap program- Nisa` Shah Alam merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan, bukan mengaut keuntungan dan bukan politikal yang ditubuhkan khas untuk remaja wanita dan wanita itu sendiri ke arah pembangunan insan menurut ajaran Islam. Kami juga bertindak sebagai support group untuk mereka dari sudut kaunseling dan kerjaya.
Sejauh mana penerimaan remaja terhadap aktiviti Nisa Shah Alam ?
Al hamdulilah,memandangkan kita tidak menjana satu program yang tipikal semata-mata. Kami telah anjurkan bowling yang mendapat sambutan hangat, bengkel kecantikan oleh Dato Sarimah dan program gen Saqura oleh Ustaz Zamri Zanuldin. Dalam perancangan kami akan menganjurkan satu Explorace Teen,Pertandingan Futsal tertutup untuk wanita dan Nasheed Idiol.
Bagaimana dengan aktiviti amal?
Ya. Itu aktiviti utama kita memandangkan itu adalah nama pangkal sebenar Nisa .(tersenyum).Sebagai contoh, dalam bulan Ramadhan baru-baru ini kami telah menganjurkan Nisa Small Kindness dan menyampaikan derma-derma yang disumbangkan oleh orang ramai kepada anak-anak yatim di sekitar Shah Alam. Kami juga telah membuat kutipan untuk membantu penduduk setinggan Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka pada bulan lepas kerana ada di antara mereka yang dhoif dan tidak mampu untuk mencari rumah sewa dalam masa terdekat.Dan dalam perancangan, kami berhasrat ingin bergabung dengan Nisa Malaysia dan beberapa pertubuhan seperti Nasyid.com untuk menyumbang kepada kaum orang asli sempena Hari Raya Aidiladha.Oleh itu sesiapa yang berminat untuk mendermakan daging korban kepada mereka sila hubungi kami.
Apakah cabaran sepanjang memegang teraju Nisa Shah Alam?
Kami tiada masalah dari sudut maklum balas dari masyarakat kerana setakat ini setiap program mendapat sambutan yang hangat malah permintaan-permintaan terhadap program Nisa Shah Alam cukup tinggi.Masalah utama sebagai sebuah badan yang tidak mengaut keuntungan ialah kewangan dan kami tidak mempunyai sebuah pejabat untuk memusatkan aktiviti kami.
Apakah harapan saudari berhubung Nisa Shah Alam?
Suasana dan keadaan di sekeliling kita lewat ini memerlukan kita semua menggiatkan dakwah kita kepada masyarakat dan tidak berpeluk tubuh.Oleh itu, saya berharapan barisan krew Nisa Shah Alam menganggap penganjuran aktiviti Nisa Shah Alam juga merupakan satu kerjaya utama dan bukan sampingan.Satu kerjaya seumur hidup, Insya -Allah.Dan untuk masyarakat,tiba masanya kita galakkan anak-anak kita mengilai aktiviti yang mencakna peribadi mulia menurut Islam.
Terimakasih. Mudahan Nisa Shah Alam terus maju dan cemerlang?
Sama-sama.Insya -Allah